NUFFNANG

Sunday, December 6, 2015

Siapa kata orang yang lidah pendek dan nafas pendek tak boleh nyanyi??

Salam semua.. okey aku muncul lagi.. haha.. mcm iklan tora lak kan? hehe.. Sebenarnye minggu lepas aku tersangat lah bz, dengan sibuk kat booth MAA insurans aku, dengan kete akak aku wat hal lagi, sume nak kene settlekan.. mmg takde cuti langsung.. last2 aku amik cuti sempena member nak datang Melaka.. haha cuti tu pun ade kan? ye la member jauh nak datang tgk Melaka siap bawak anak n bini, so aku offer la diri nak jadi tour guide. Member aku lak dari Kuantan, so alang2 die nak datang gi keje kawen, die nak datang melancong la sekali.

Hari yang dijanjikan telah tiba, aku awal-awal dah stanby depan hotel yang member aku check in tu. Tunggu punya tunggu die tak reply telegrem, so aku tunggu la dalam kete. Sambil2 tunggu tu aku godek2 hp aku. Oleh kerana bosan dok lelama dalam kete, aku pun mendownload apps Smule (atas suggetion kat apps store). Al kisahnye member aku ni sebenarnye tak cek hp,setelah berjam2 tunggu  aku pun anggap la die tak jd kuar.Lagi pun die ade anak kecik, maybe letih la kot nak keluar. Aku gi minum dan terus balik. 

Sampai je kat rumah, aku terus mandi dan lepak depan tv sambil godek phone. Terpandang apps yang aku download tadi. Kalau korang nak tau apps tu sebenarnye adalah apps untuk kite karoake gune hp kite sendiri.. haaa dengar macam menarik kan?? mmg best giler.. aku pun excited nak guna.. so oleh kerana tak tahu guna, aku pun menggoogle la kaedah2 untuk gune mende tu. Rupenye tak susah mana pun.. senang jer, cuma kene beli lagu2 dalam tu.. ade gak lagu yang free tapi sume tak best la..

logo apps smule tu..

Ok, nak dijadikan cerita, dalam aku menggoogle tu, aku tengok banyak pulak video2 orang yang post menggunakan apps nie..aku pun tengok satu persatu, fuhh memang terbaek lah, kebanyakan suara power2 macam artis.. tapi dalam banyak-banyak video tu, aku terjumpa video sorang budak nie, Video die memang banyak, pastu banyak viewer.. Mula-mula nampak macam biasa je, tapi aku tengok banyak lak like die. so aku pun try la dengar suara die menyanyi. 

First time dengar, aku dah mula pelik.. suara die ok tapi bunyi macam pelik.. bile aku amati suara die betul2 baru aku perasan, rupanya lidah dia pendek, dan nafas die pendek. Sebab tu suara die bunyi macam lain. So sekarang ni baru aku faham, kenapa dia banyak likers dan viewer. Mungkin sebab kekurangan die tu, orang ramai tengok sebab nak bagi semangat kat dia, Seriusly suara dia tak lah sesedap mana, tapi ape yang aku kagum, die menyanyi bersungguh2, walaupun nafas die pendek dan lidah die pendek. Kadang-kadang kesian lak tgk, tak penat ke die?.. haha ye la kalau nafas pendek, pastu menyanyi mesti tercungap. Tapi budak nie dah buktikan die boleh, dan cuba sehabis baik. Paling tak boleh blah, die nyanyi lagu Ziana Zain tu.. pergh dasyatt... kipidap bro!!

video

Ni antara video yang die buat, lagu Kak Ziana terus.. haha

Pandangan aku, sebenarnye kekurangan yang ada pada kita tu kadang-kadang ada hikmahnya. Mungkin orang tak perasan, setiap kekurangan ada kebaikannya, jadi kita kena bersyukur dan tunjukkan bahawa kekurangan tu bukanlah penghalang untuk kita buat sesuatu yang kita suka. Yang pasti lepas ni mesti ade soalan2 ustaz dan ustazah facebook, "Eleh kalau mengaji kan bagus, ade faedahnya". Jawapan saya : ye, ini yang kita nampak, die menyanyi dan post kat laman sosial, tapi tak semestinya die tak mengaji, mana tau dia mengaji lebih dari kita, cuma dia tak tunjuk je kat orang. Memang normal lah manusia suka pandang dari sisi negatif, tapi jarang pandang secara positif. Apepun, yang penting kita tak perlu pertikaikan amalan orang lain. Apa yang penting, ambil contoh ni dari sudut positif.. pandang lah kebaikan dari kekurangan yang ada pada budak nie. ok sekian, tlg jangan kecam saya.. haha

video

Layankan.. lagu dari Siti pun die bawak.. 

Wednesday, November 18, 2015

Terima kasih semua... terima kasih rakyat Malaysia... terima kasih kawan2 group telegram Pencinta Kucing Malaysia...

Asalamualaikum semua.. lama dah tak on pc..  entry pun dah lama tak update.. hehe hari ni tetibe ade banyak masa lak untuk buat entry. walaupun balik dah pkl 12 tgh malam tadi, lepas mandi semua terus segar.. so, terus buka pc dan entry.

Kenape tajuk entry kali ni terima kasih??? terima kasih semua?? terima kasih rakyat Malaysia?? dan terima kasih kawan-kawan group telegram Pencinta Kucing Malaysia?? kenapa?? kenapa?? Ok, macam ni ceritanya. Ingat lagi tak kisah si Sunquick yang aku pernah post dulu?? kat situ ade mention pasal si Tompok a.k.a. kucing yang aku adopt sbb die dtg sendiri kat rumah sampai sunquick merajuk. Alhamdulillah sunquick dah balik.. rupenye merajuk kejap je.. tapi seminggu gak die merajuk. Mengada betul. ok sejak dari tu si Sunquick dan Tompok dah jadi geng.. tapi geng pun tetap si Tompok kene buli ngan Sunquick. Maybe Sunquick nak balas dendam kot.. tatau le pulak. hehe..

Tengok ni kekejaman si Sunquick...

ni proses suaikenal ke buli membuli?? hehe

Ok nak dijadikan cerita, satu pagi tu si tompok datang kat aku macam biase.. sebab lapar...mintak makanan le tu.. tapi kali ni lain macam die mengiau.. macam kesakitan.. time tu tak perasan lagi apa-apa perubahan kat dia.. so bagi la makan macam biasa... lepas dia makan selalunya mesti die duduk kat atas carpet dan jilat tangan, jilat misai dan bulu die.. tu mmg kebiasaan budak 2 ekor nie.. tapi time tu terperasan macam ade benda pelik kat dubur die.. mula-mula ingatkan die buang air besar.. bila tengok dekat baru perasan.. Ya Allah usus die terkeluar... terkejut dan panic jap.. tak tau nak buat apa.. masa tu terus google cari no telefon veterinar kat Melaka. Lepas call doctor veterinar tu ckp maybe tompok kene buasir, rectum die terkeluar. Bila tanya kos rawatan dan pembedahan dia, doktor tu ckp kos dalam RM350.00!! Ya Allah mahalnya, mana lah nak cari duit banyak tu time-time macam ni, Dah la aku kerja freelance part time jual insurans dan jual simkad onexox je. Memang tak ade la duit banyak tu. So aku decide nak biarkan dulu. Mana tau kejap lagi die ok ke kan.. Aku pun keluar dari rumah dan termenung dalam kereta.. Sepanjang perjalanan fikiran teringatkan tompok je.. risau sebab first time kucing sakit macam ni teruk..


Keadaan tompok pagi tu..

Petang tu balik rumah sekejap, sebelum pergi jumpe pelanggan yang nak langgan prepaid onexox yang aku jual, aku pun pergi lah cari tompok nak main-main ngan dia. Tiba-tiba keadaan tompok makin tenat... usus yang terkeluar semakin panjang.. adoi rase nak pitam tengok dia.. kesian sangat-sangat, aku pun belai die sambil bisik kat telinga dia, Aku cakap tompok, sabar ya, insya'Allah ada rezeki nanti aku bawa kau pergi buat rawatan. Tak sanggup tengok keadaan tompok macam tu, sampaikan solat Maghrib pun tak kusyuk, sebak fikirkan tompok. Ye la, siapa tak kesian kan tgk kucing tengah sakit macam tu. Nak buat apa pun tak tenang.. asik teringatkan dia je. Lepas tu sambil drive jumpe customer pun tak tenteram.. jumpe kejap terus balik nak tgk tompok. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu. Cuma mampu berdoa supaya tompok sihat cepat.... dan usus dia tu termasuk balik. Malam tu aku tido bergenang air mata fikirkan tompok.. hurm.. tak tau lah hati aku mudah terusik kalau dengan kucing nie. Frust putus cinta pun takde la menangis bagai, masih kental lagi. tapi bila dengan haiwan kesayangan nabi ni, Aku tak boleh, mesti hati aku rapuh... serapuh biskut merie barangkali...

Usus Tompok yang semakin panjang... :'(

Keesokan pagi, bangun pagi je terus tengok Tompok.. ya, tompok dah semakin lembik.. die tak mengiau macam biasa. Time tu aku rasa dah takde semangat nak gi keluar rumah, tapi apekan daya, kalau tak gi cari customer nanti takde duit lak. Pagi tu aku melangkah longlai pergi ke Mydin Melaka sebab kat sana ade buka booth untuk promosi insurans yang aku buat. Walaupun part time, aku kene commit gak, sebab kalau tak nanti kena terminate dan takde income. Sampai je sana aku termenung dan takde mood. Serius, tak tau nak wat ape, so aku post la kisah si tompok ni kat geng telegrem pecinta kucing Malaysia. Tak sangka ramai yang bersimpati dengan Tompok. Atas keprihatinan diorang semua, diorang sepakat nak buat fund untuk tompok. Mulanya aku memang malu.. serius sangat malu, ye la takut dengan perception orang, mana la tau orang ckp apa nanti. Tapi bila fikirkan tompok, aku pun bagi no akaun untuk fund rawatan tompok. Nasib baik lah ada Abg Amarhalim yang menerangkan keadaan sebenar saya pada semua. Terima kasih.. Petang tu aku dah mula ada semangat dan tak sabar nak balik jumpa tompok. Nak bagitau dia bahawa ada hamba Allah yang lain prihatin dengan dia. Malam tu cek akaun dah ada yang beri funds untuk rawatan tompok. Ada juga yang personal mesej bagi kata-kata semangat, dan ada juga yang mesej bagitau dah bank in duit utk tompok.. aku terkedu, tergamam sangat-sangat.. Ya Allah bersyukur sangat, tak sangka ramai rakyat Malaysia yang memang baik dan bermurah hati untuk membantu tompok. Malam tu aku tidur dengan penuh harapan.


Bukti keprihatinan rakyat malaysa yang membantu

Alhamdulillah, pungutan bertambah untuk keesokan harinya.

Hari yang dinanti telah tiba.. Pagi2 aku cek akaun dan ada yang masih bank in kan funds untuk kegunaan Tompok. Alhamdulillah, terima kasih semua, terima kasih Allah.. aku pun terus bangun dan cuci cage tompok, kemaskan dia dan bawa ke clinic veterinar Merlimau. Lepas pendaftaran tompok dimasukkan ke dalam ward dan bilik bedah.. manakala aku tak dibenarkan masuk atau mengambil gambar. Jadi aku tunggu kat luar. Lama la juga, dalam satu jam, sampai doktor keluar dan panggil aku. Doktor cakap tompok tak boleh teruskan pembedahan sebab ada najis kering melekat kat usus tu. Kena tunggu sampai tompok buang air sampai usus dia bersih. Risau nya masa tu.. doktor suruh aku balik dulu dan datang sebelah petang. Aku pun balik dengan seribu harapan agar tompok selamat. Ramai yang tanya dalam group telegrem tu keadaan tompok. dan aku minta semua mendoakan tompok agar selamat. Terima kasih di atas doa anda semua.


Tompok on the way nak gi buat rawatan


Veterinar Merlimau


Bilik rawatan tompok..

Petang tu dalam pukul 3 petang doktor call suruh datang ambil tompok. Sepantas kilat aku ambil kuncu kereta dan drive pergi veterinar Merlimau untuk ambil tompok. Lepas pandang je muka tompok aku tersenyum.. doktor kata tompok dah selamat dibedah.. Alhamdulillah.. Lepas bayar bill rawatan semua, aku pun bawa tompok balik. Oleh kerana aku pergi ke veterinar kerajaan, kos rawatan tidak lah terlalu tinggi seperti veterinar swasta.. jadi ade lebihan wang derma tersebut dan inform pada semua dalam group yang dana untuk tompok ade lebih. Memang nak pulangkan balik. Tapi apa yang membuatkan aku sebak bila semua menolak untuk menerima kembali lebihan dana untuk rawatan tompok. Ya Allah mulianya hati mereka semua. Mereka suruh saya simpan dan gunakan untuk rawatan tompok selanjutnya. untuk vaksin dan makanan tompok. sebab tompok tak boleh makan makanan keras. terpaksa beli makanan lembut.


Petang tu juga lepas hantar tompok balik, aku pergi ke kedai pet shop milik bumiputera kat jasin, nama kedai tu Ar rayyan pet shop kalau tak silap. Kat situ aku urusan dipermudahkan Allah lagi, Owner kedai rekemenkan makanan kucing jenama power cat (buatan bumiputera) dengan harga diskaun. sebungkus dapat diskaun 30sen. jadi aku ambil 2 kotak untuk makanan tompok seminggu. Alhamdulillah segala urusan untuk tompok dipermudahkan. serius aku terharu, terhutang budi dan bersyukur sangat pada semua yang membantu tompok sampai sihat. Jasa anda semua takkan ku lupakan. terima kasih kawan2, kakak2, abang2, dan adik2 yang membantu aku dan tompok.. terima kasih sangat. tak dapat ku balas dengan harta benda, tapi aku doakan gar kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.. itu saja yang mampu aku balas. Pertama kali dalam hidup aku dapat menempuhi semua ni. Pertama kali dalam hidup ada orang yang tak kenal membantu aku. semuanya pertama kali. sangat tak sangka. Allah telah hadirkan insan2 mulia dalam hidup aku agar dapat membantu aku menempuhi saaat2 getir begini. terima kasih Allah, tak sangka kuasa Allah menggerakkan tompok untuk hadir dalam hidup aku dan memberi dugaan serta penyelesaian yang sangat mudah. kalaulah tompok tak datang ke rumah aku malam tu, aku tak tau apa yang jadi pada dia bila sakit macam ni. Malam tu aku terfikir, perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. dia beri kita dugaan, kemudian diberi jalan penyelesaian dengan sebaik2nya. Jadi kena bersangka baiklah kepada Allah dalam setiap dugaan. Terima kasih Allah, Terima Kasih Semua, Terima Kasih Rakyat Malaysia, dan yang paling penting sekali terima kasih ahli group Geng Telegram Pecinta Kucing Malaysia.. terima kasih sangat2.. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua kerana membantu kehidupan haiwan kesayangan nabi ni untuk terus bernafas di muka bumi ni..

Sunday, October 11, 2015

Hati-hati Kalau Kencing Anda Berbuih....

Info ni aku dapat daripada grup Geng Telegram aku, sebelum ni ade gak aku terbaca artikel pasal ni kat internet.. tapi takde la amik pusing sangat.. cuma bila umur dah semakin lanjut ni, info2 kesihatan semua kene baca. ye la mana lah tau kan kite leh mencegah.. mencegah lebik elok dari merawat. sebab kalau dah kena, susah betul nak berubat. betul tak?? ok jom baca info yang saya kopipeskan untuk korang sume baca..

MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Pernahkah anda melihat air kencing anda
 mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih
 tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara
biasa, anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu
menunjukkan buah pinggang anda telah mula
rosak.

Mengapa saya katakan demikian?

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang
banyak tersebut menunjukkan bahawa air
kencing anda mengandungi protein.

Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai
proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam
urin menjadi tanda buah pinggang telah
rosak?

Soalan yang bagus. Saya katakan demikian
kerana fungsi buah pinggang yang sihat
ialah menapis keluar bahan-bahan buangan
dari darah.

Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh
tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.

Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya
melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya
buah pinggang sudah pun rosak.Di mana protein
dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh
akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam
kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan
ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di
dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran
buih di dalam air kencing anda.

Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda
sudah mulai rosak.

Semoga info ini berguna buat semua.☺️



Tuesday, September 29, 2015

Kembalilah Sunquick...

Salam semua, lepas baca tajuk kat atas tu mesti korang fikir aku dan air sunquick kan? sejenis minuman berjenama sunquick.. Ye, Sunquick memang jenama air oren...Tapi kali ni sunquick yang aku nak cerita ni lain sikit. Sunquick ni sangat istimewa dan sangat comel. Sunquick ni adalah nama anak kucing aku yang berwarna oren. Kenape nama die sunquick?? Sebab mak aku panggil die oren.. Kalau oren kat umah aku ni confirm jenama Sunquick. So kat situ lah si Sunquick dapat nama. So ini cerita aku dan Sunquick...

Ini lah die Sunquick.. comei kan??







Sebenarnye aku dah lama bela kucing.. dari aku kecil lagi dulu, sampai dewasa, sayang betul bila jumpa kucing.. Kalau jumpa kat kedai makan ke or kat memana ke, mesti aku belai and bagi makan apa yang ada. Kat rumah aku pun sentiasa ade bela kucing, tapi macam biasa lah, kucing jantan bila die besar kompom lari.. tapi dengan si Sunquick ni lain sikit.. Aku sayang sangat kat Sunquick ni sebab die anak yatim piatu. Asalnya dak Jiha dan dak Laila a.k.a. budak praktikal kat office aku jumpe die sorang2 mengiau2 dalam longkang.. Time tu badan die hitam penuh air longkang. So budak berdua tu terus contact aku dan bagitau pasal kucing tu. Oleh kerana kesian, aku offerkan diri untuk bela dia. Sebab yang lain semua dah ade kucing. Kucing aku si Chibi2 lak hilang time bulan puasa aritu, so aku amik je la.. Sebelum ambil tu,  2-3 hari gak die dok kat rumah staff praktikal aku tu. Doranglah yang jagakan dia wat sementara waktu.. Sebab masa tu aku ade urusan kat KL. Lepas tu baru aku amik bawak balik rumah.

First time sampai rumah, adik aku yang kecik tu happy giler.. terus peluk2 si Sunquick ni. Ye la, die sorang kat umah, dan tak ade kawan. so suka la die bila dapat anak kucing baru. Hari pertama, si Sunquick ni jadi mcm pelik.. semua tempat die nak explore. Die masuk bawah kerusi, katil, meja, sampaikan muka die penuh dengan habuk dan sawang labah2. Haha time tu kelakar tgk reaksi die. Mak aku yang sebelum ni tak gemar sangat kucing pun jadi sayang kat die. Ayah aku pun sama, sayang kat Sunquick ni sampai bile makan je mesti ingat kat die, Bagi die makan dulu.

So sejak hari tu, Sunquick ni terus lah bermastautin kat rumah ni jadi macam family kitorang. Dari badan die kurus kering, sampailah gemuk dan gebu. Manja dan keletah betul die.. memang bijak, pandai panjat pintu sebab nak keluar. Buang air pun tak pernah dalam rumah. Die pandai cari pasir kat luar rumah. Sejak dari tu, die jadi kucing kesayangan kitorang. Mana2 kitorang lepak,  depan tv ke, dalam bilik ke, die akan datang same menyibuk.. haha dan paling best die pandai kejutkan aku untuk bagi die makan setiap pagi. Die akan datang mengiau2, or jilat2 telinga sampai aku bangun,. kalau aku ade keje, buat keje kat pc, die lah org pertama datang kacau. dok pijak2 keyboard nie.. kalau aku ke belakang rumah kopek kelapa ke ape, die lah yang first datang tolong.. tolong ape?? tolong tengok dan kacau je.. hehe..




Hurm.. tapi skrg semua dah tinggal kenangan..perkara paling sedih skali bile Sunquick hilang dari rumah. Puncanya kelmarin ade bunyi anak kucing luar rumah, so adik aku yang kecik tu buka pintu sebab nak tengok. Sekali jumpe seko anak kucing yang bulu die ade 3 kaler, itam ,oren n putih. Anak kucing tu terus berlari kat adik aku mengiau2 kelaparan.. kesian sangat, sebab die betul2 lapar. Lepas tu kitorang bagi makan n letak die dekat2 ngan Sunquick supaya die leh berkawan berdua.. Mula2 dua2 ekor tu terus la macam nak gaduh. Ekor diorang terus kembang. Terus kitorang letak dua2 eko tu kat luar rumah supaya tak bergaduh dalam rumah..

Lepas tu pagi keesokannya, Sunquick hilang... habis satu rumah cari tak jumpe, cari kat luar pun tak ada, cari tepi2 jalan pun tak ada, aduhai sedih betul. Menangis aku cari dia, tak jumpa2... Sedih sangat2.. ye la kan, kite dah sayang dia, dah bela die dari kurus sampai besar, sampai comel n gebu.. tiba2 pulak hilang. sangat2 sedih.. mungkin dia merajuk kot sebab ade kucing baru yang nak gantikan tempat dia. Tapi kitorang tak pernah lak sampai nak buang Sunquick. Kitorang plan nak bagi die kawan, supaya die dapat berkawan dan tak bosan sorang2 kat rumah. Tapi lain pulak jadinya.. Sunquick hilang tanpa jejak. Pilu hati aku bila buka pintu pagi2 tak nampak muka sunquick. Kalau tak dia lah makhluk pertama yang meluru masuk ke bilik aku kalau pintu tak kunci atau kalau buka pintu bilik pagi2.

Sampai ke hari ni pun aku masih lagi mencari dimana sunquick... Masih teringat lagi first day die kat rumah ni, keletah die.. rindu betul lah kat dia.. aku masih berharap agar sunquick balik.. pulanglah sunquick.. kekadang aku terfikir, kat manalah dia tidur, kat manalah dia makan, memang aku risau, walaupun die pernah jadi kucing terbuang, aku taknak die jadi lagi mcm dulu, comot, ade kurap kat telinga lepas tu tak terurus.. kurus jer.. makan tak cukup. Ingat lagi time aku bersihkan dan bagi ubat sampai baik. Aku belai dia setiap kali bagi ubat, aku tunggu die habis makan tiap2 kali die lapar, aku sanggup keluar malam2 cari makanan kucing time makanan die habis, sebab aku tau Sunquick kuat makan.. time tu kat 7Eleven tak ada makanan kucing yang kering. Yang ada semua makanan basah, Sunquick tak suka makanan basah macam tu.. Aku cari sampai dapat.. Alhamdulillah time tu ade satu kedai tak tutup lagi, dan ada makanan kucing yang kering tu. Aku cari sampai dapat sebab kalau lapar nanti die mengiau2 minta makanan.... aku tak nak die kurus macam hari pertama aku jumpe die.. time die kurus sangat.. lemah dan tak bermaya.. aku tengok mata die pun sayu.. sedih je..aku ingat tu semua Sunquick.. aku ingat.. Aku takkan lupekan semua tu. Kenangan antara kau dan aku..

Kadang-kadang aku rasa macam dah tak ada apa lagi yang mampu aku buat, Sunquick dah tak ada.. Cuma aku berharap kalau lah ada sesiapa yang terjumpe dengan dia, aku harap2 sangat orang yang jumpa tu dapat bela dia dengan baik. aku doakan dia murah rezeki sebab jagakan kucing aku tu. Ya Allah kejap je aku dpat jaga dia. tak sampai 4 bulan pun.. takpe lah kalau betul lah bukan rezeki aku nak jaga dia, aku doakan dia bahagia dengan tuan baru. dan aku sentiasa berdoa agar aku jumpe dia lagi.. Aku nak tengok dia.. aku rindu dia.. Aku harap dia takkan lupakan aku kalau dapat jumpe dengan dia lagi. Dan kalaulah ditakdirkan aku takkan jumpa kat dunia ni, aku  harap kat akhirat aku dpat jumpa dia. Aku nak tgk dia sihat.. aku nak bergurau2 dengan dia macam dulu..  sunquick, aku harap kau takkan lupakan aku ye, kite jumpe lagi satu hari nanti..insya'Allah...  aku tunggu kau Sunquick... :'( Tunggu aku.. jangan lupakan aku...


ni pic terakhir sebelum die pergi.. Sunquick cuba intai apa yang ada dalam kotak ni..


Wednesday, September 16, 2015

Penyamaran Yang Menjadi....

Hai semua.. rasenye dah bersawang dah blog ni tak diupdate.. hehe dah nama pun sarang kan, mesti ade sawang2 bersarang kat atas ni.. ni nak tanye ni, korang ade bela kucing tak? kalau takde takpe. Kalau yang ade bela tu, korang perasan tak kekadang kucing ni dia ade satu sifat seperti menarik perhatian orang. Dia akan buat orang tertarik dengan die. Macam2 la idea die nak buat. kekadag tu geram sbb nampak comel. kekadang geram sbb menyakitkan hati. contoh kucing saya suka cakar langsir sampai hancur hujung langsir tu tertarik.. kekadang die cakar kaki kite time tido.. ok itu mmg menyakitkan hati.. sabau je la... hehe. Meh tengok kat bawah ni... ade beberapa pic kucing yang kurang kasih sayang cuba tarik perhatian tuan die..

Tengok ni.. nampak mcm bola kan??

nasib baik nampak mata.. kalo tak dah macam ape ntah..

lahai comel.. macam tangan teddy tu

pasan tak eko die. hehe

ok ni kalau tak tgk betul2 serius tak nampak.. sbb kaler dah same

try cari..

carpet home made.. hehe

hurm...

lepasni orang gado dah tak bole ckp mcm anjing ngan kucing lagi dah..

hehe kantoi kat mata tu..



haha..

Wednesday, September 9, 2015

Lagu paling celaka abad ini..

Hurm.. korang pernah dengar tak lagu  kumpulan artis korea tajuk I Am The Best dari 2NE1?? First time dengar macam pelik jee. Tapi bile lame2 dengar baru pasan die sebut celaka.. hahah.. ntah ape la maksud celaka tu dalam bahasa korea kan.. hehehe tapi ape pun saye rase nenek die orang Melaka kot.. sebab tu lah die pandai sebut celaka.. :D hehehe...  sesape nak dengar tu leh la terus buka kat bawah nie.. :-







nak download? boleh klik kat sini. :-

klik disini

TABUNG NUFFNANG