NUFFNANG

Tuesday, September 29, 2015

Kembalilah Sunquick...

Salam semua, lepas baca tajuk kat atas tu mesti korang fikir aku dan air sunquick kan? sejenis minuman berjenama sunquick.. Ye, Sunquick memang jenama air oren...Tapi kali ni sunquick yang aku nak cerita ni lain sikit. Sunquick ni sangat istimewa dan sangat comel. Sunquick ni adalah nama anak kucing aku yang berwarna oren. Kenape nama die sunquick?? Sebab mak aku panggil die oren.. Kalau oren kat umah aku ni confirm jenama Sunquick. So kat situ lah si Sunquick dapat nama. So ini cerita aku dan Sunquick...

Ini lah die Sunquick.. comei kan??







Sebenarnye aku dah lama bela kucing.. dari aku kecil lagi dulu, sampai dewasa, sayang betul bila jumpa kucing.. Kalau jumpa kat kedai makan ke or kat memana ke, mesti aku belai and bagi makan apa yang ada. Kat rumah aku pun sentiasa ade bela kucing, tapi macam biasa lah, kucing jantan bila die besar kompom lari.. tapi dengan si Sunquick ni lain sikit.. Aku sayang sangat kat Sunquick ni sebab die anak yatim piatu. Asalnya dak Jiha dan dak Laila a.k.a. budak praktikal kat office aku jumpe die sorang2 mengiau2 dalam longkang.. Time tu badan die hitam penuh air longkang. So budak berdua tu terus contact aku dan bagitau pasal kucing tu. Oleh kerana kesian, aku offerkan diri untuk bela dia. Sebab yang lain semua dah ade kucing. Kucing aku si Chibi2 lak hilang time bulan puasa aritu, so aku amik je la.. Sebelum ambil tu,  2-3 hari gak die dok kat rumah staff praktikal aku tu. Doranglah yang jagakan dia wat sementara waktu.. Sebab masa tu aku ade urusan kat KL. Lepas tu baru aku amik bawak balik rumah.

First time sampai rumah, adik aku yang kecik tu happy giler.. terus peluk2 si Sunquick ni. Ye la, die sorang kat umah, dan tak ade kawan. so suka la die bila dapat anak kucing baru. Hari pertama, si Sunquick ni jadi mcm pelik.. semua tempat die nak explore. Die masuk bawah kerusi, katil, meja, sampaikan muka die penuh dengan habuk dan sawang labah2. Haha time tu kelakar tgk reaksi die. Mak aku yang sebelum ni tak gemar sangat kucing pun jadi sayang kat die. Ayah aku pun sama, sayang kat Sunquick ni sampai bile makan je mesti ingat kat die, Bagi die makan dulu.

So sejak hari tu, Sunquick ni terus lah bermastautin kat rumah ni jadi macam family kitorang. Dari badan die kurus kering, sampailah gemuk dan gebu. Manja dan keletah betul die.. memang bijak, pandai panjat pintu sebab nak keluar. Buang air pun tak pernah dalam rumah. Die pandai cari pasir kat luar rumah. Sejak dari tu, die jadi kucing kesayangan kitorang. Mana2 kitorang lepak,  depan tv ke, dalam bilik ke, die akan datang same menyibuk.. haha dan paling best die pandai kejutkan aku untuk bagi die makan setiap pagi. Die akan datang mengiau2, or jilat2 telinga sampai aku bangun,. kalau aku ade keje, buat keje kat pc, die lah org pertama datang kacau. dok pijak2 keyboard nie.. kalau aku ke belakang rumah kopek kelapa ke ape, die lah yang first datang tolong.. tolong ape?? tolong tengok dan kacau je.. hehe..




Hurm.. tapi skrg semua dah tinggal kenangan..perkara paling sedih skali bile Sunquick hilang dari rumah. Puncanya kelmarin ade bunyi anak kucing luar rumah, so adik aku yang kecik tu buka pintu sebab nak tengok. Sekali jumpe seko anak kucing yang bulu die ade 3 kaler, itam ,oren n putih. Anak kucing tu terus berlari kat adik aku mengiau2 kelaparan.. kesian sangat, sebab die betul2 lapar. Lepas tu kitorang bagi makan n letak die dekat2 ngan Sunquick supaya die leh berkawan berdua.. Mula2 dua2 ekor tu terus la macam nak gaduh. Ekor diorang terus kembang. Terus kitorang letak dua2 eko tu kat luar rumah supaya tak bergaduh dalam rumah..

Lepas tu pagi keesokannya, Sunquick hilang... habis satu rumah cari tak jumpe, cari kat luar pun tak ada, cari tepi2 jalan pun tak ada, aduhai sedih betul. Menangis aku cari dia, tak jumpa2... Sedih sangat2.. ye la kan, kite dah sayang dia, dah bela die dari kurus sampai besar, sampai comel n gebu.. tiba2 pulak hilang. sangat2 sedih.. mungkin dia merajuk kot sebab ade kucing baru yang nak gantikan tempat dia. Tapi kitorang tak pernah lak sampai nak buang Sunquick. Kitorang plan nak bagi die kawan, supaya die dapat berkawan dan tak bosan sorang2 kat rumah. Tapi lain pulak jadinya.. Sunquick hilang tanpa jejak. Pilu hati aku bila buka pintu pagi2 tak nampak muka sunquick. Kalau tak dia lah makhluk pertama yang meluru masuk ke bilik aku kalau pintu tak kunci atau kalau buka pintu bilik pagi2.

Sampai ke hari ni pun aku masih lagi mencari dimana sunquick... Masih teringat lagi first day die kat rumah ni, keletah die.. rindu betul lah kat dia.. aku masih berharap agar sunquick balik.. pulanglah sunquick.. kekadang aku terfikir, kat manalah dia tidur, kat manalah dia makan, memang aku risau, walaupun die pernah jadi kucing terbuang, aku taknak die jadi lagi mcm dulu, comot, ade kurap kat telinga lepas tu tak terurus.. kurus jer.. makan tak cukup. Ingat lagi time aku bersihkan dan bagi ubat sampai baik. Aku belai dia setiap kali bagi ubat, aku tunggu die habis makan tiap2 kali die lapar, aku sanggup keluar malam2 cari makanan kucing time makanan die habis, sebab aku tau Sunquick kuat makan.. time tu kat 7Eleven tak ada makanan kucing yang kering. Yang ada semua makanan basah, Sunquick tak suka makanan basah macam tu.. Aku cari sampai dapat.. Alhamdulillah time tu ade satu kedai tak tutup lagi, dan ada makanan kucing yang kering tu. Aku cari sampai dapat sebab kalau lapar nanti die mengiau2 minta makanan.... aku tak nak die kurus macam hari pertama aku jumpe die.. time die kurus sangat.. lemah dan tak bermaya.. aku tengok mata die pun sayu.. sedih je..aku ingat tu semua Sunquick.. aku ingat.. Aku takkan lupekan semua tu. Kenangan antara kau dan aku..

Kadang-kadang aku rasa macam dah tak ada apa lagi yang mampu aku buat, Sunquick dah tak ada.. Cuma aku berharap kalau lah ada sesiapa yang terjumpe dengan dia, aku harap2 sangat orang yang jumpa tu dapat bela dia dengan baik. aku doakan dia murah rezeki sebab jagakan kucing aku tu. Ya Allah kejap je aku dpat jaga dia. tak sampai 4 bulan pun.. takpe lah kalau betul lah bukan rezeki aku nak jaga dia, aku doakan dia bahagia dengan tuan baru. dan aku sentiasa berdoa agar aku jumpe dia lagi.. Aku nak tengok dia.. aku rindu dia.. Aku harap dia takkan lupakan aku kalau dapat jumpe dengan dia lagi. Dan kalaulah ditakdirkan aku takkan jumpa kat dunia ni, aku  harap kat akhirat aku dpat jumpa dia. Aku nak tgk dia sihat.. aku nak bergurau2 dengan dia macam dulu..  sunquick, aku harap kau takkan lupakan aku ye, kite jumpe lagi satu hari nanti..insya'Allah...  aku tunggu kau Sunquick... :'( Tunggu aku.. jangan lupakan aku...


ni pic terakhir sebelum die pergi.. Sunquick cuba intai apa yang ada dalam kotak ni..


2 comments:

Joe Haz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mungkin sunquick pergi main pastu sesat kot. kalo tengok gambar, dia kecik lg.

Anizz Annisa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alaaa cite dia dekat nak sama macam kucing anis.. :(.. bulat nama dia.. selamatkan dia dari longkang walaupun anis penakut dengan kucing.. lepas je bela dia trus ade berani sikit nak belai2 kucing.. kucing miracle betul sbb pernah dia hampir nak mati kena simen sbb org tak perasan dia dalam tiang.. panjang umur dia nak hidup.. ni sbb dia anis boleh pegang kucing..belajar sikit2.. alhamdulillah.. mane2 pegi msti ingat dia dh mkn ke belum.. alahai rindu pulak kat bulat kite.. mana lah dia merayau malam2 ni..


p/s : maaf panjang nau karangan.. :P

Post a Comment

TABUNG NUFFNANG