NUFFNANG

Saturday, September 21, 2013

Iphoneku, Blackberryku

Salam semua :) pagi ahad yang indah ni sangat menarik kan? Hehe ye la hari cuti kan, mesti semua tengah best berguling2 atas katil. Kalau tak pun mesti tgh berjogging pada sape yang rajin je.  Kan best kalau bangun pagi-pagi pastu dapat berita yg best-best. Lagilah berbest2 korg berguling2 atas katil tu. Hahaha..

Ok pagi ni aku nak cite satu berita baik dan best! (Bagi aku la,org lain taktau la) cite die  pasal BBM (Blackberry Messanger) BBM ni yang sebelum ni hanya ade pada phone blackberry je. Tapi blackberry dah buat applikasi BBM untuk OS lain jugak. Dan dah tentu lah Blackberry akan amik OS yang popular je. So die dah kuarkan untuk OS IOS yg dipakai oleh Apple Iphone dan juga OS Android yang dipakai oleh kebanyakan smartphone skrg ni termasuk smartphone dari china. Untuk windows8 tak tau la bila Blackberry nak buat. So kepada pengguna smartphone yang menggunakan OS Windows8, harap bersabar je la ye. Nanti lama-lama die wat gak. So tungguuu.. hehe

Nak di jadikan cerita, aku adalah diantara manusia2 yang tak tido sampai pagi sbb nak tggu blackberry launch aplikasi BBM untuk IOS ni. Nak tau kenape? Sebab sebelum ni aku pengguna BBM yang tegar.. haha. Tapi sejak BB Bold 5 aku buat hal, terus aku jual tanpa sebarang kata terakhir utk kengkawan kat BBM. So bile dengar je aplikasi BBM untuk iphone nak keluar, ape lagi excited la aku nak mendonlot. Nanti leh la contact balik member-member lama kat BBM. Ok kat bawah ni ade paparan untuk aplikasi BBM kat OS IOS. Untuk OS Android, kemungkinan lagi 2-3 hari lagi akan keluar. Ok kat bawah ni ade beberapa cara untuk mendonlot dan menggunakan aplikasi BBM ni. Meh tengok...



Ok first skali yang korang kena buat adalah download dulu application ni kat Apple Store. Buat sementara ni Blackberry bagi percuma je. Tapi kemungkinan die akan charge jugak. Same je macam whatsapp. Sebab whatsapp ada tempoh tamat dia. Tak silap dalam beberapa tahun je. Lepas tu nanti die charge la baru untun..




Okey langkah kedua pula yg korang kene wat adalah create account dulu. Ala kire same je macam korang nak buat fb ke, twitter ke, whatsapp ke. Sebab mende-mende macam ni perlukan ID untuk access ke aplikasi ni nanti. So pada sesapa yang pernah gunakan Blackberry sebelum ni, korang boleh masukkan je ID korang kat sini. Sbb die akan syncronise akaun lame korang utk bawak kat akaun baru ni. Termasuk kawan2 korang yang ade dalam list BBM korang dulu (tu pun kalau korang backup data pakai blackberry recovery) kalau takde, tak dapek den nak nolong jang...






Lepas masukkan ID tadi, die akan auto sync dengan akaun lama anda dulu. Tapi yang mana baru create akaun, anda kena upload balik pic dan boleh mula invite kawan2 baru.. senang kan?? Hehe..








Ok ni kawan2 BBM aku yang lama dulu. Lepas sync kan ID tadi, dia automatik akan keluar dan update. So jgn risau la ye. Tapi kalau takde member lagi, korang dah leh start post kat fb dan instagram. Kalau ade yang follow nanti automatik akan ade notification. Lepas approve member baru tu barulah korang boleh start chatting..




Ok ni pulak barcode untuk BBPin aku.. hehe selamat meng'add' ye.

P/s: bila dah berBBM guna iphone ni, terasa macam pakai blackberry z10 pulak. Hehe..



Wednesday, September 11, 2013

Testimoni pengguna Virgin Coconut Oil Nutrasense

Testimoni Pengguna VCO Nutrasense / Minyak Kelapa Dara Nutrasense

Tumit yang pecah dan keras menjadi lembut dan tidak pecah



Sekarang kita dengar apa kata pengguna yang telah menggunakan produk Nutrasense. Mereka juga telah memberi maklumbalas yang baik setelah menggunakan VCO Nutrasense. 

En Fikri 29 tahun - "Saya telah menggunakan VCO Nutrasense Liquid selama seminggu, dan dengan hanya menyapu vco liquid tersebut sebanyak 2 kali sehari, kulit tumit kaki yang dahulunya kasar dan pecah telah menjadi semakin lembut dan bercantum kembali. Saya sangat terkejut dan tak sangka dengan perubahan yang pantas hanya dalam satu minggu. Mulai hari ini saya kan terus menggunakan produk Nutrasense yang sangat berkualiti ini."
Fakta : VCO Nutrasense yang kaya dengan Vitamin E, C dan D. Seperti yang kita maklum, vitamin E adalah satu-satunya vitamin yang sangat bagus untuk memperbaiki kulit. Vitamin E membantu untuk membaiki kulit rosak, menyegarkan dan menghaluskan kulit. Penggunaan yang kerap akan mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit.

Tuesday, September 3, 2013

Minyak Kelapa Dara dan kebaikannya untuk orang mengandung.

Salam semua, dah lama tak update blog ni.. hehe.. bz sangat dengan urusan harian dan business yang makin berkembang. pada yang dah tau business apa yang dijalankan, tahniah.. hehe.. mana yang tak tau tu, businessnya adalah Minyak Kelapa dara / VCO. Ramai yang telah mengetahui khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara Nutrasense, dan ramai yang telah mencubanya. Soalan yang sering di tanya adalah 'orang mengandung boleh ambil ke VCO ni?? ' ok ini jawapannya, VCO Nutrasense sangat-sangat bagus untuk wanita mengandung. Pengambilannya amat-amat disarankan oleh para doktor terkemuka kerana khasiatnya yang bagus untuk kesihatan. 

Pengambilan VCO disarankan oleh para-para doktor terkemuka

VCO sangat bagus untuk wanita mengandung, ianya mempunyai kandungan asid lauric yang banyak dan antibakteria yang melindungi bayi semasa dalam kandungan. Wanita mengandung disarankan mengambil VCO Nutrasense ketika dalam peringkat awal kandungan sehingga bayi dilahirkan.

Antara kebaikannya adalah :

Sewaktu mengandung-
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan Insyaa'ALLAH ianya memudahkan proses bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada bayi. Masalah perut harimau atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan. (VCO sangat berbaloi sebab boleh dimakan dan sapu).

Sewaktu menyusukan -
Makan VCO seperti biasa..baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Sapukan VCO untuk rambut bayi supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.

Semasa Dalam Pantang-
Amalkan penggunaan VCO seperti biasa kerana tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering.

Hanya Rm 39.00 sahaja anda dapat membantu kehidupan yang lebih sihat. sebarang pertanyaan atau ingin menjadi stokis, bolehlah menghubungi Nazifah Daud : 019-234 3492, siti khadijah : 019-686 0575 dan Nazmi 019-207 4788

Thursday, March 21, 2013

Kehilangan....

Tatkala di waktu begini, aku sering sendirian dan memikirkan masa depan.. Oleh itu, jom layan lagu best ni.. haha... selamat mendengar...:)



kalau korang suka lagu ni, sila donlot kat sini.

Sunday, March 17, 2013

Pagi Isnin Datang Lagi...

Assalam semua.. :) yeah... pagi isnin datang lagi.. semua mesti ramai tak suke kan? hehe ok dulu saye pun tak suke. Tapi sekarang ni terlampau suke lak. Sebab pagi isnin ni lah masenye saye nak cari sales banyak2 so leh la dapat income lebih sikit..:D Hurm... Dalam kebosanan dan ramai yang mengeluh sbb hari permulaan kerja ni, diharap anda semua rilek dan relakan lah jiwa anda kat office tu. Jangan badan kat office tapi jiwa kat rumah.. hehe bahaye tu.. so jom layan lagu ni. relakan jiwa.. dari hazama..:D




Suka lagu ni?? jom download kat sini..:)

http://www.4shared.com/mp3/QV_CpnKI/Relakan_Jiwa_-_Hazama.html


Kehebatan VCO a.k.a Minyak Kelapa Dara

Salam... Hari ni sehari suntuk buat keje. Mula dari pagi sampai ke petang!! Macam ni lah, bile dah bisnes ni takde mase rehat dah. Ape yang penting bisnes jalan.. hehe..Peh, tak perasan dah hampir pukul 5 pagi. Saya pun pelik napelah mata tak ngantuk lagi ni. Tenaga makin banyak.. nak kata dah tido siang pun tak jugak, sbb mmg jarang tido waktu siang. Selalu bangun pagi terus wat keje sampai ke malam.

Ok disini mungkin ada dua kemungkinan. Satu, sama ada saya dah terlebih makan VCO yang menjana tenaga berpanjangan atau kedua, saya mmg akan bertukar jadi musang rasenye. sebab musang memang tak tido malam hehe.. ok ramai yang nak tau ape itu VCO atau Virgin Coconut Oil, atau Minyak Kelapa Dara. ok harap korang bersabar dan baca satu persatu apa yang saya akan tulis kat bawah ni. hehe..



Apakah sebenarnya minyak kelapa dara? 

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.



(VCO dari Nutrasense Marketing yang berkualiti dan bermutu tinggi)

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.



(disimpan dalam bentuk softgel agar mudah ditelah dan dihadam)


Diatara kehebatan dan kebaikan VCO Nutrasense atau Minyak Kelapa Dara Nutrasense adalah :-


  1. Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.

  2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

  3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.

  4. Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

  5. Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

  6. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.

  7. Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

  8. Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

  9. Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

  10. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

  11. Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.


Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

  1. Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.

  2. Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

  3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

  4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

  5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

  6. Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

  7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

  8. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

  9. Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

  10. Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Haaa.. sekarang anda dah tau kan kebaikan dan kehebatan VCO Nutrasense? so tunggu ape lagi.. meh dapatkan sebotol hari ini.. cuma RM 39.00 jee.. jom dapatkan cepat.. :) ok leh pm saya atau sms atau whatsapp di nombor 019-207 4788

TABUNG NUFFNANG