NUFFNANG

Saturday, September 21, 2013

Iphoneku, Blackberryku

Salam semua :) pagi ahad yang indah ni sangat menarik kan? Hehe ye la hari cuti kan, mesti semua tengah best berguling2 atas katil. Kalau tak pun mesti tgh berjogging pada sape yang rajin je.  Kan best kalau bangun pagi-pagi pastu dapat berita yg best-best. Lagilah berbest2 korg berguling2 atas katil tu. Hahaha..

Ok pagi ni aku nak cite satu berita baik dan best! (Bagi aku la,org lain taktau la) cite die  pasal BBM (Blackberry Messanger) BBM ni yang sebelum ni hanya ade pada phone blackberry je. Tapi blackberry dah buat applikasi BBM untuk OS lain jugak. Dan dah tentu lah Blackberry akan amik OS yang popular je. So die dah kuarkan untuk OS IOS yg dipakai oleh Apple Iphone dan juga OS Android yang dipakai oleh kebanyakan smartphone skrg ni termasuk smartphone dari china. Untuk windows8 tak tau la bila Blackberry nak buat. So kepada pengguna smartphone yang menggunakan OS Windows8, harap bersabar je la ye. Nanti lama-lama die wat gak. So tungguuu.. hehe

Nak di jadikan cerita, aku adalah diantara manusia2 yang tak tido sampai pagi sbb nak tggu blackberry launch aplikasi BBM untuk IOS ni. Nak tau kenape? Sebab sebelum ni aku pengguna BBM yang tegar.. haha. Tapi sejak BB Bold 5 aku buat hal, terus aku jual tanpa sebarang kata terakhir utk kengkawan kat BBM. So bile dengar je aplikasi BBM untuk iphone nak keluar, ape lagi excited la aku nak mendonlot. Nanti leh la contact balik member-member lama kat BBM. Ok kat bawah ni ade paparan untuk aplikasi BBM kat OS IOS. Untuk OS Android, kemungkinan lagi 2-3 hari lagi akan keluar. Ok kat bawah ni ade beberapa cara untuk mendonlot dan menggunakan aplikasi BBM ni. Meh tengok...



Ok first skali yang korang kena buat adalah download dulu application ni kat Apple Store. Buat sementara ni Blackberry bagi percuma je. Tapi kemungkinan die akan charge jugak. Same je macam whatsapp. Sebab whatsapp ada tempoh tamat dia. Tak silap dalam beberapa tahun je. Lepas tu nanti die charge la baru untun..




Okey langkah kedua pula yg korang kene wat adalah create account dulu. Ala kire same je macam korang nak buat fb ke, twitter ke, whatsapp ke. Sebab mende-mende macam ni perlukan ID untuk access ke aplikasi ni nanti. So pada sesapa yang pernah gunakan Blackberry sebelum ni, korang boleh masukkan je ID korang kat sini. Sbb die akan syncronise akaun lame korang utk bawak kat akaun baru ni. Termasuk kawan2 korang yang ade dalam list BBM korang dulu (tu pun kalau korang backup data pakai blackberry recovery) kalau takde, tak dapek den nak nolong jang...






Lepas masukkan ID tadi, die akan auto sync dengan akaun lama anda dulu. Tapi yang mana baru create akaun, anda kena upload balik pic dan boleh mula invite kawan2 baru.. senang kan?? Hehe..








Ok ni kawan2 BBM aku yang lama dulu. Lepas sync kan ID tadi, dia automatik akan keluar dan update. So jgn risau la ye. Tapi kalau takde member lagi, korang dah leh start post kat fb dan instagram. Kalau ade yang follow nanti automatik akan ade notification. Lepas approve member baru tu barulah korang boleh start chatting..




Ok ni pulak barcode untuk BBPin aku.. hehe selamat meng'add' ye.

P/s: bila dah berBBM guna iphone ni, terasa macam pakai blackberry z10 pulak. Hehe..



Wednesday, September 11, 2013

Testimoni pengguna Virgin Coconut Oil Nutrasense

Testimoni Pengguna VCO Nutrasense / Minyak Kelapa Dara Nutrasense

Tumit yang pecah dan keras menjadi lembut dan tidak pecah



Sekarang kita dengar apa kata pengguna yang telah menggunakan produk Nutrasense. Mereka juga telah memberi maklumbalas yang baik setelah menggunakan VCO Nutrasense. 

En Fikri 29 tahun - "Saya telah menggunakan VCO Nutrasense Liquid selama seminggu, dan dengan hanya menyapu vco liquid tersebut sebanyak 2 kali sehari, kulit tumit kaki yang dahulunya kasar dan pecah telah menjadi semakin lembut dan bercantum kembali. Saya sangat terkejut dan tak sangka dengan perubahan yang pantas hanya dalam satu minggu. Mulai hari ini saya kan terus menggunakan produk Nutrasense yang sangat berkualiti ini."
Fakta : VCO Nutrasense yang kaya dengan Vitamin E, C dan D. Seperti yang kita maklum, vitamin E adalah satu-satunya vitamin yang sangat bagus untuk memperbaiki kulit. Vitamin E membantu untuk membaiki kulit rosak, menyegarkan dan menghaluskan kulit. Penggunaan yang kerap akan mempercepatkan proses pembaharuan sel-sel kulit.

Tuesday, September 3, 2013

Minyak Kelapa Dara dan kebaikannya untuk orang mengandung.

Salam semua, dah lama tak update blog ni.. hehe.. bz sangat dengan urusan harian dan business yang makin berkembang. pada yang dah tau business apa yang dijalankan, tahniah.. hehe.. mana yang tak tau tu, businessnya adalah Minyak Kelapa dara / VCO. Ramai yang telah mengetahui khasiat dan kebaikan minyak kelapa dara Nutrasense, dan ramai yang telah mencubanya. Soalan yang sering di tanya adalah 'orang mengandung boleh ambil ke VCO ni?? ' ok ini jawapannya, VCO Nutrasense sangat-sangat bagus untuk wanita mengandung. Pengambilannya amat-amat disarankan oleh para doktor terkemuka kerana khasiatnya yang bagus untuk kesihatan. 

Pengambilan VCO disarankan oleh para-para doktor terkemuka

VCO sangat bagus untuk wanita mengandung, ianya mempunyai kandungan asid lauric yang banyak dan antibakteria yang melindungi bayi semasa dalam kandungan. Wanita mengandung disarankan mengambil VCO Nutrasense ketika dalam peringkat awal kandungan sehingga bayi dilahirkan.

Antara kebaikannya adalah :

Sewaktu mengandung-
VCO akan membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan Insyaa'ALLAH ianya memudahkan proses bersalin (pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada bayi. Masalah perut harimau atau strechmark dapat dikurangkan atau lebih baik lagi jika anda sapukan. (VCO sangat berbaloi sebab boleh dimakan dan sapu).

Sewaktu menyusukan -
Makan VCO seperti biasa..baby akan mendapat khasiat VCO dalam masa yang sama untuk kulit yang putih bersih. Sapukan VCO untuk rambut bayi supaya cepat tumbuh. Kandungan asid laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak.

Semasa Dalam Pantang-
Amalkan penggunaan VCO seperti biasa kerana tiada pantang/bentan. Jadikan VCO sebagai makanan tambahan anda setiap hari. Badan akan sentiasa bertenaga untuk menjaga anak kecil dan yang penting kulit sentiasa lembab dan tidak kering.

Hanya Rm 39.00 sahaja anda dapat membantu kehidupan yang lebih sihat. sebarang pertanyaan atau ingin menjadi stokis, bolehlah menghubungi Nazifah Daud : 019-234 3492, siti khadijah : 019-686 0575 dan Nazmi 019-207 4788

TABUNG NUFFNANG