NUFFNANG

Sunday, October 11, 2015

Hati-hati Kalau Kencing Anda Berbuih....

Info ni aku dapat daripada grup Geng Telegram aku, sebelum ni ade gak aku terbaca artikel pasal ni kat internet.. tapi takde la amik pusing sangat.. cuma bila umur dah semakin lanjut ni, info2 kesihatan semua kene baca. ye la mana lah tau kan kite leh mencegah.. mencegah lebik elok dari merawat. sebab kalau dah kena, susah betul nak berubat. betul tak?? ok jom baca info yang saya kopipeskan untuk korang sume baca..

MENGAPA AIR KENCING ANDA BERBUIH?

Pernahkah anda melihat air kencing anda
 mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih
 tersebut di dalam air kencing anda?

Jika anda menganggap ianya adalah perkara
biasa, anda telah melakukan kesilapan.

Apabila air kencing anda berbuih, itu
menunjukkan buah pinggang anda telah mula
rosak.

Mengapa saya katakan demikian?

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang
banyak tersebut menunjukkan bahawa air
kencing anda mengandungi protein.

Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai
proteinuria.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam
urin menjadi tanda buah pinggang telah
rosak?

Soalan yang bagus. Saya katakan demikian
kerana fungsi buah pinggang yang sihat
ialah menapis keluar bahan-bahan buangan
dari darah.

Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh
tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.

Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya
melalui penapis buah pinggang.

Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya
buah pinggang sudah pun rosak.Di mana protein
dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh
akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam
kandungan urin ialah albumin.

Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan
ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di
dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran
buih di dalam air kencing anda.

Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda
sudah mulai rosak.

Semoga info ini berguna buat semua.☺️



4 comments:

Bonde Zaidalifah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Kenal....

Bonde pon ada share entri ni... www.bondezaidalifah.com

Mohamad Nizam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam kenal juga bonda... hehe.. oh ye ke.. saya petik dari artikel kat telegrem aritu. hehe

kak gojes said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alamak....bahayatu klu kencing dah tahap berbuih....

Mohamad Nizam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iye kak gojes.. kene hati2. banyakkan minum air masak..:D

Post a Comment

TABUNG NUFFNANG