NUFFNANG

Saturday, January 9, 2016

Misi Selamatkan Putrajaya!... Mission Accomplished!!

Hai geng.. Ape khabar semua? harap semuanya sihat dan terlebih sihat.. hahaha.. oleh kerana pagi ni cuti dan rasa macam ade banyak masa je, so aku pun tambah kerajinan untuk buat entry.. hurm, harini aku nak cite pasal kete... haha.. bukan pasal beli kereta ok, tapi pasal hantu yang merasuk kete akak aku dari dari bulan lepas, bulan sebelumnya, dan bulan-bulan yang sebelum-sebelumnye.. tapi bukan datang bulan.. eh opss. sorry..

Ceritanya begini.. Sebenarnya kakak  aku ade sebijik kete Wira Aeroback S.E. kaler itam menggoda.. haha.. Kitorang panggil kete ni ngan nama Putrajaya sebab no plet dia Putrajaya.. hehe.. Asalnya memang dia guna kereta ni hari2, dan kereta ni pulak kereta kesayangan die.. Ye lah, die beli guna gaji pertama die start keje lepas habis belajar dulu. Tapi lepas die beli kereta baru, dan takde tempat nak simpan, die pun suruh la aku amik bawak balik kg. Simpan kat kampung bagi siapa-siapa guna. So terpaksa lah aku redah gi KL naik bas amik kete tu bawak balik Melaka. Tapi sebelum aku amik akak aku dah hantar gi service tukar macam-macam termasuk alternator.. terbang RM1600.. aduhai..





Time aku bawak dari KL ke Melaka tu memang takde masalah.. Enjin smooth n steady.. ye la baru lepas service kan. Aku pun bawa slow-slow sampai Melaka. Hari pertama tu memang kereta ok. takde masalah langsung. Tapi, kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang... Esoknye kete tu mula buat hal. Tau tak enjin takleh hidup, tiba-tiba mati dan hilang segala function. Lampu semua tak menyala. Aje gile, dah la kene time pukul 11 malam, mati tengah jalan, terus aku ketepi dan parking tepi. Bila enjin mati tau la camne beratnya power stereng tu.. dah tak function power dia. Time tu call member sume tak angkat, ade yang angkat lak jauh giler rumah die. Oleh kerana rumah aku pun dah tak jauh, aku pun beranikan diri dan decide nak godeh-godeh enjin tu.. buka bonet n usik-usik wayar. Tiba-tiba ade satu kereta berhenti depan aku dan tanya kenapa ngan kereta tu. Lepas cek punya cek, die kata bateri aku kong. Aik akak aku baru je ganti, takkan lah leh kong? last-last brader tu ckp maybe alternator, dan aku lagi pelik sebab alternator pun baru tukar.. berkilat lagi.. Aku pun biarkan je la brader 2 orang tu jumper kete aku sampai leh start. 

Alternator yang masih dara.. berkilat tampa terpalit habuk dan kekotoran.. hehe..


Alhamdulillah dengan pertolongan 2 orang brader tu kete aku leh start. Punya lah baik brader tu siap tunggu sampai setengah jam jump kete ni sebab die kata biar bateri tu charge jap dan ade power. sebab takut alternator yang tak function. Dah la bagi duit taknak, siap suruh aku jalan dan ikut aku dari belakang lagi sampai ke rumah aku sebab takut enjin mati lagi. Lagipun aku kene drive tanpa buka lampu utk kurangkan penggunaan bateri. Thanx bro.!! Jasamu takkan kulupa! (tapi aku lupe tanye nama n contact no..semoga Allah balas jasa baik die). Sampai je rumah, aku terus parking tepi rumah, dan masuk tido.. penat dan malas nak fikir ape masalah kete tu. Malam keesokannya baru lah aku mula start godeh2 kete tu.. tgk ape2 yang patut. Google apa yang patut, cek satu2 ape yang patut.


Lepas cek satu-satu, tiba-tiba aku terbuka kotak fius kat tepi tu dan aku perasan yang ade satu  fius yang dah cair!! ye cair teruk.. nasib baik tak terbakar, kalau tak habis rentung la dalam kete ni. Fius tu terbakar dan mencair kat dalam kotak tu je. Aku pun tengok kat atas kotak tu, fius yang mencair tu adalah fius Alternator!! hah ini lah punca aku terkandas malam semalam kat tepi jalan. Rupanya fius terbakar.. huh. Nasib baik aku tak hantar bengkel. Kalau tak kompom dorang charge beratus punye.. yang tak rosak pun dorang cakap rosak.




Korang nampak tak fius yang terbakar dan cair dalam kotak tu??

Memandangkan aku dah tau punca alternator tak function, esoknya pagi2 aku dah pergi kedai sparepart. Cari fius 30 Amp. Alhamdulillah dapat dan harga die baru RM15 je... fuh selamat poket aku. hahaha.. kalau lah hantar bengkel ni, Maunye die charge mahal2.. nak2 die tengok muka aku yang macam blur2 ni.. kompom die bantai mahal punye.. teringat kat kawan aku pernah gi bengkel, Fius hon dia rosak, hon tak berbunyi, tapi bengkel tu charge RM220! aje giler.. die kata wiring problem. huh.. memang takleh caye betul bengkel ni. so sebelum hantar bengkel baik kita try cek sendiri dulu. Kena jadi macam tikus baiki labu dulu.. haha..




ni lah die fius yang baru suci murni tu..

So nasihat aku, kalaulah kereta kita menghadapi masalah, cuba kita cek dulu sebelum hantar bengkel. Try tanya kawan-kawan, try google ke, try buka sendiri ke, sebab kadang-kadang kerosakan tu kecil dan murah je. Dia jadi mahal dan besar bila hantar bengkel. Selalu sangat terkena dengan bengkel ni, dia dah bukak2 lepastu cakap barang lain rosak. Tak pasal-pasal nanti kita kena ganti barang yang mahal2. Ok, pesanan kepada kawan2 yang baca ni, tak kira lah anda lelaki atau perempuan, anda wajib tau serba sedikit pasal enjin ni, kalau tak, memang kite terkena je la ngan bengkel ni ok. Ape2 pun, selamat memandu ya kawan2.. :)

Thursday, January 7, 2016

Medical Card VVIP Termurah!! Terhebat!! dan Terbaekkkk!!

Assalamualaikum semua, semalam saya dah kongsikan tips untuk menyimpan wang bagi kegunaan pendidikan anak-anak untuk sambung belajar tanpa meminjam di PTPTN. Jadi hari ini saya nak kongsikan satu berita baik untuk semua. Saya nak kongsikan tentang Medical Card MAA Takaful..

Tahukah anda, kos perubatan semakin meningkat setiap tahun? Peningkatan taraf hidup, dan juga kejatuhan nilai matawang kita juga adalah punca kepada peningkatan kos perubatan di masa kini. Bayangkan sehari kita di hospital swasta, anggaran kos harian adalah dalam lingkuran RM 1500.00 keatas! Iya, jangan terkejut kerana ini adalah kos paling rendah sekali. Ia juga tidak termasuk segala kos tambahan seperti rawatan, ubat, dan bayaran doktor. Bayangkan bagi yang berpendapatan rendah, memang mereka akan terbeban dengan kos yang tinggi ini. 




Walaupun kita mempunyai pilihan untuk pergi ke hospital kerajaan, tetapi tidak semua orang sanggup untuk beratur lama untuk mendapatkan rawatan. Keadaan hospital kerajaan yang sesak, kurang sesuai untuk kita mendapatkan rawatan dengan selesa. Jadi sebagai alternative lain, ramai yang dah mula mengambil Kad Perubatan sebagai langkah awal sebagai persiapan sekiranya dimasukkan ke hospital. Sudah menjadi keperluan utama, antara benda wajib yang kita perlu ada pada masa kini adalah Kad Perubatan. Cuba anda bayangkan sekiranya anda dimasukkan ke hospital, anda perlu mengeluarkan simpanan anda untuk membayar kesemua kos yang menelan belanja beribu ringgit. Segala harta, simpanan habis digunakan untuk membayar kos perubatan.Perkara ini takkan terjadi dengan adanya Kad Perubatan. Bayangkan anda cuma hanya membayar RM490 setahun, tetapi anda boleh menggunakan Kad tersebut sehingga RM50 ribu tanpa menjejaskan wang simpanan anda di bank dan juga harta anda yang lain. Menarik bukan? Bayangkan anda membayar insurans bagi kenderaan bernilai ribuan ringgit setiap tahun. Tetapi untuk diri anda tak sampai ribuan ringgit anda keluarkan untuk melindungi diri anda sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan.

Dibawah ini saya lampirkan jadual pembayaran caruman untuk Kad Perubatan MAA Takaful kami yang termurah sekali, bermula dari RM44.10 sahaja :-

\
Antara kelebihan medical card MAA Takaful ini adalah :-

* Diskaun 20% sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam masa setahun.

* Pembaharuan dijamin sehingga umur 80 tahun.

* Had seumur hidup tanpa had dengan MAA Takaful! Tidak seperti syarikat takaful lain yang hanya memberikan RM500 ribu sehingga 1 juta sahaja had seumur hidup.

* Untuk rawatan kanser dan dialisis buah pinggang, pencarum boleh menggunakan kad walaupun tidak ditahan wad. Boleh claim untuk rawatan dialisis buah pinggang dan rawatan kanser tanpa perlu bermalam di ward.

* Tiada Co-Takaful. Bermakna anda tidak perlu membayar 10% dari kos rawatan anda. Segala kos rawatan ditanggung 100% oleh kad perubatan.

* 6 pelan komprehensif, bermakna anda boleh memilih salah satu plan perubatan yang sesuai dengan anda.

* Pendapat perubatan kedua - Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan khidmat doktor yang merawat anda, anda boleh menukar kepada doktor lain untuk merawat anda dan kos tersebut ditanggung oleh kad kami.

* Bantuan perubatan antarabangsa. Anda boleh menuntut kembali kos perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital di luar negara.

* Percuma khairat kematian RM5000.00

* Lebih dari 100 hospital panel di seluruh Malaysia.




Jadi, tunggu apa lagi? Kepada yang masih tercari-cari kad perubatan termurah dan terhebat, ini lah masanya!! Jom dapatkan Kad Perubatan anda segera sementara masih sihat. Sekiranya anda telah disahkan mempunyai penyakit, tiada satu insurans pun yang sanggup menerima anda. Lindunglah diri anda dan keluarga anda sekarang dan berjimat dengan MAA Takaful! Sila Hubungi Nizam 017-6338088 untuk maklumat lanjut dan juga untuk mendapatkan kad perubatan VVIP kami dengan harga yang paling rendah!!


Wednesday, January 6, 2016

Elakkan berhutang dengan PTPTN! Jom buat simpanan pendidikan bertakaful bersama MAA Takaful untuk anak anda!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini saya nak kongsikan satu tips untuk menyimpan duit untuk pembelajaran anak-anak anda tanpa membebankan mereka dengan hutang PTPTN. Seperti yang kita tahu, kebanyakan ibu-bapa mempunyai impian untuk melihat anak mereka menyambung pelajaran sehingga ke menara gading. Akan tetapi kos pembelajaran yang tinggi memaksa setiap pelajar membuat pinjaman pelajaran dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Tahukah anda, bahawa PTPTN mengenakan caj pentadbiran dan juga caj faedah ke atas peminjam? Ini bermakna, setiap pelajar akan mempunyai hutang sebanyak RM20-50ribu setelah tamat belajar dan membebankan mereka sebagai 'fresh graduate' yang tidak mempunyai pekerjaan setelah tamat belajar. Dibawah ini saya kongsikan beberapa keratan akhbar mengenai kesan pinjaman wang PTPTN.



Jadi untuk tidak membebankan anak anda dengan hutang setelah habis belajar, apa kata kita mula menyimpan untuk mereka agar tidak terbeban dengan hutang yang tinggi setelah tamat belajar. Anda pernah dengar tak pasal simpanan insurans ni? Ok kalau tak pernah, Hari ni saya nak kongsikan apa itu simpanan pendidikan berinsurans bersama MAA Takaful.

Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan. Ok disini saya sertakan jadual simpanan dan jumlah anggaran pendapatan yang bakal pencarum akan dapat setelah sijil tamat tempoh.


Cuba kita lihat kepada jadual tersebut. sekiranya anda memulakan tabungan untuk anak anda sejak umur satu tahun dengan jumlah simpanan RM100 sebulan, anggaran pendapatan apabila sijil matang adalah RM25,930.00. Jumlah ini termasuk dengan perlindungan peribadi, termasuk perlindungan kemalangan, khairat kematian, elaun ward, dan dana penyakit kritikal untuk anak anda. Ini bermakna anak anda mendapat perlindungan percuma sepanjang tempoh perlindungan dan insurans ini berjalan sehingga tempoh matang. Ok cuba kita buat kira-kira sedikit, 

RM100 x 12 bulan (setahun) = RM 1,200.00
RM 1,200.00 x 18 tahun = RM 21,600.00
Dalam jadual pembayaran yang disertakan diatas anggaran pendapatan adalah RM25,930.00

Ini bermakna anda mendapat wang pelaburan anda termasuk dengan dividen dan perlindungan percuma! Untung kan? 

Sekiranya kita menyimpan di bank biasa, seandainya berlaku apa-apa perkara yang tidak di ingini kepada anak anda, anda cuma dapat jumlah simpanan sahaja. Dan tempoh tuntutan amatlah rumit kerana ia akan melalui proses di Amanah Raya Berhad, walaupun jumlah di dalam bank tersebut hanya RM200! Akan tetapi simpanan di MAA Takaful, anda akan mendapat dana hibah RM60,000.00 termasuk wang simpanan, termasuk khairat kematian dan juga upah haji, qurban dan wakaf (bagi yang beragama islam). Dana hibah tersebut akan dibayar terus kepada waris pencarum tanpa melalui Amanah Raya Berhad. Ramai yang tanya kenapa tak melalui Amanah Raya Berhad?? untuk pengetahuan semua, Takaful ini adalah sumbangan, jadi ianya bukan harta yang kita simpan. Jadi tak perlu melalui ARB, kerana ARB hanya melibatkan segala tuntutan harta. Dana hibah ini adalah sumbangan dari penyumbang lain dalam takaful, jadi ia tidak perlu melalui proses pembahagian faraid atau apa-apa proses di ARB. Wang tersebut akan automatik diberi kepada pewaris hibah dalam masa yang sangat singkat.

Perincian Manfaat dari jadual diatas adalah seperti yang saya senaraikan dibawah.
(untuk caruman RM100 Sebulan)


FAEDAH / MANFAAT SUMBANGAN / RM
Pengurusan Pengkebumian (24 Jam) 2,000.00
Meninggal Dunia Dalam Apa Jua Punca 60,000.00
Khairat Tambahan (Badal Haji, Qurban dan Wakaf 5,000.00
Meninggal Dunia Akibat Kemalangan 65,000.00
Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kritikal 90,000.00
Hilang Upaya Kekal Sebarang Punca 60,000.00
Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan 65,000.00
Hilang Upaya Kekal Akibat Penyakit Kritikal 90,000.00
Pampasan 46 Penyakit Kritikal 30,000.00
Pampasan Kemalangan 5,000.00
Elaun Harian Hospital 50 Sehari
Caruman Tahunan 1,200.00
Caruman Suku Tahun600.00
Caruman Bulanan 100.00


Ok sekarang kita dah lihat kebaikan menyimpan dalam MAA Takaful, menarik bukan? so apa tunggu lagi, Marilah menyimpan bersama MAA Takaful. Perlindungan yang terbaik untuk anda. sebarnag pertanyaan, sila hubungi : Nizam 017-633 8088 (call/whatsapp/telegram) untuk maklumat lanjut. 




TABUNG NUFFNANG